Oleh : Roslan SMS
Ini gambar lama bandaraya KL pada tahun 1964. Ia menujukkan panggung Coliseum (kanan) di Jalan Tunku Abd Rahman hari ini , dulunya Batu Road.
Perhatikan gambar di belakangnya.
Tertera simbol PAP atau Peoples Action Party (dalam bahasa Melayu dipanggil PETIR atau Parti Tindakan Rakyat) di bangunan itu.
PAP ketika itu diketuai Lee Kuan Yew yang berpusat di Singapura.
Dalam PRU ke 2 tahun 1964 ketika Singapura sebahagian Malaysia, Kuan Yew telah melebarkan sayap PAP ke Semenanjung Malaya untuk menunjukkan kehebatan pengaruhnya.
Dalam PRU berkenaan pada hari Penamaan calon 21/3/64 PAP telah meletakkan calon di 11 kerusi Parlimen dan 15 kerusi DUN.
Pada hari mengundi 25/4/64 calon PAP tunggal yang menang adalah Devan Nair di Parlimen Bangsar. (Tahu tak siapa SU Politik pada Devan Nair ketika itu? Dalam buku berjudul "Lim Kit Siang - Malaysian First dicatatkan:
"Kit sensed there and then what Devan was leading up to. But he was also taken aback because this was something he had never expected. Suddenly, his pulse was racing. His ears were throbbing. And the words came tumbling out: “So, you’re asking me here for an interview? You want to employ me to be your pol-sec? If that’s the case, you don’t even need to say it, I accept.”)
PAP ketika itu menyalakan gagasan MALAYSIAN MALAYSIA. Iaitu sebuah Malaysia yang adil dan saksama buat semua tanpa mengira kaum. PAP tidak percaya pada hak keistimewaan yang diberikan pada kaum-kaum tertentu. Setelah Malaysia terbentuk PAP percaya semua kaum sama tarafnya.
Dalam WIKIPEDIA dirakamkan (bawah tajuk PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA):
"Lee Kuan Yew dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) enggan bertolak ansur dengan kerajaan Malaysia pimpinan Tunku. Beliau juga sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39% sementara bukan Melayu 51% dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan"
Apabila Singapura berpisah dari Malaysia 9/6/1965 gerakan PAP di Semenanjung diambil-alih oleh DAP.
Gagasan MALAYSIAN MALAYSIA terus dihidupkan oleh DAP sebagai warisan perjuangan PAP Kuan Yew.
Cuma hari ini ia dilunakkan menjadi MALAYSIAN DREAM atau IMPIAN MALAYSIA oleh Lim Kit Siang.
Tetapi apa pun namanya ituah juga gagasannya. Kebetulan tuntutan untuk bukan Melayu menjadi PM hari ini dibawa DAP.
Hubaya-hubaya, pelanduk dua serupa.
No comments
Post a Comment