Foto: Ketua Gereja Katolik, Pope Francis (kiri) & Anak kepada Missionaris Evangelis, Franklin Graham (kanan). |
- Mubaligh Kristian Evangelis mengecam tindakan Pope Francis membenarkan paderi Katolik memberkati pasangan seks sejenis.
- Franklin Graham berkata pemberian berkat itu tidak akan menyelamatkan pelaku amalan songsang tersebut daripada hukuman tuhan.
- “Berita baik adalah ketika ini tuhan akan mengampuni dosa. Akan tetapi kita perlu datang kepadanya dengan caranya dengan syarat-Nya – dengan bertaubat daripada dosa-dosa kita dan meletakkan kepercayaan kita kepada anak-Nya, Tuhan Jesus Christ.
- “Bible berkata, orang yang mungkar dan berdosa akan dihancurkan bersama-sama dan kalangan yang meninggalkan tuhan akan dihapuskan (Yesaya 1:28),” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
- Pope Francis secara rasminya dilaporkan pada Isnin memberi kebenaran kepada seluruh paderi Katolik untuk memberkati pasangan homoseksual atau pasangan sejenis.
KUALA LUMPUR – Mubaligh Kristian Evangelis mengecam tindakan Pope Francis membenarkan paderi Katolik memberkati pasangan seks sejenis.
Franklin Graham berkata pemberian berkat itu tidak akan menyelamatkan pelaku amalan songsang tersebut daripada hukuman tuhan.
“Tiada seorang pun daripada kita termasuk Pope yang mempunyai hak untuk memberkati sesuatu yang berdosa di sisi tuhan.
“Berita baik adalah ketika ini tuhan akan mengampuni dosa. Akan tetapi kita perlu datang kepadanya dengan caranya dengan syarat-Nya – dengan bertaubat daripada dosa-dosa kita dan meletakkan kepercayaan kita kepada anak-Nya, Tuhan Jesus Christ.
“Bible berkata, orang yang mungkar dan berdosa akan dihancurkan bersama-sama dan kalangan yang meninggalkan tuhan akan dihapuskan (Yesaya 1:28),” katanya dalam hantaran di Facebook pada Rabu.
Graham merupakan anak kepada missionaris Evangelis terkenal di Amerika Syarikat (AS), Billy Graham.
Pope Francis secara rasminya dilaporkan pada Isnin memberi kebenaran kepada seluruh paderi Katolik untuk memberkati pasangan homoseksual atau pasangan sejenis.
Deklarasi doktrin Vatican mengenai perkara itu diterbitkan kelmarin dengan alasan seseorang yang meminta diberkati tidak semestinya perlu mempunyai etika moral yang baik.
Pemberian berkat kepada pasangan sejenis itu bagaimanapun tidak bermakna memberkati hubungan terlarang itu, sepertimana perkahwinan antara lelaki dan perempuan. – The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment