NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Belanjawan 2024: Perlis tumpu tiga fokus utama




KANGAR: Perlis bakal memberi penekanan kepada tiga fokus utama bagi merealisasikan pelaksanaan Belanjawan 2024.

Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli berkata, ia bagi meneruskan iltizam untuk menjadikan negeri ini kekal berdaya maju, prihatin, bersih dan stabil ke arah Negeri Bandaraya menjelang tahun 2030.

“Tiga fokus tersebut ialah peningkatan sosioekonomi rakyat, pengukuhan ekonomi mapan dan pemerkasaan sistem penyampaian perkhidmatan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Belanjawan Tahun 2024 dengan tema ‘Melestari Ekonomi Negeri Demi Kesejahteraan Rakyat’ memperuntukkan sebanyak RM293.92 juta bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

“Ini merupakan belanjawan terbesar pernah dibentangkan di dewan yang mulia ini.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM184.64 juta meliputi 62.82 peratus disediakan di bawah perbelanjaan mengurus manakala RM109.27 juta meliputi 37.18 peratus pula di bawah perbelanjaan pembangunan,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 12/12/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo