SHAH ALAM - Exco Pemuda Amanah, Fadhli Umar Aminolhuda tempelak kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyifatkan penubuhan Kerajaan Perpaduan di Johor bukan satu keperluan.
Sebaliknya ujar Fadhli Umar, langkah itu penting bagi memastikan negeri berkenaan turut diberikan perhatian sama rata daripada Kerajaan Perpaduan.
“Duhai YB Dr Akmal! Apakah maknanya perpaduan jika ianya Perpaduan yang dipilih-pilih. Apabila kamu ditinggalkan, bising seantero dunia. Apabila kami ditinggalkan, oh kerajaan sudah stabil maka tidak perlu pada Perpaduan.
“Usah begitu duhai YB Dr Akmal. Jika betul mahukan perpaduan, ambillah semuanya dan bukan memilih! Jika betul mahukan kestabilan dan kekuatan yang padu, ayuh realisasikan Kerajaan Perpaduan Johor Darul Takzim!,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Jumaat.
Sebelum ini, Akmal Salleh dilaporkan berkata, penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Johor bukanlah suatu keperluan mendesak.
Jelas beliau, fokus utama kerajaan kini adalah kepada penyelesaian isu-isu yang melibatkan rakyat terutama dalam menangani kos sara hidup.
Sementara itu, Fadhli Umar mengingatkan bahawa kerajaan kini perlu memikirkan kekuatan yang mampu dicapai pada masa akan datang sekiranya penubuhan Kerajaan Perpaduan di negeri tersebut dilakukan.
“Usah hipokrit YB Dr Akmal, tapi fikirlah masa depan kekuatan yang boleh dibina di Johor bersama Kerajaan Perpaduan Negeri Johor,” ujarnya.
Sumber | Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment