PERATUSAN keluar mengundi (65.76 peratus) lebih rendah dari PRU15, tetapi majoriti bertambah. Suatu analisa ringkas:

1. Sokongan kepada PAS atau PN meningkat.

2. Pengundi yang tak keluar mengundi majoritinya adalah pengundi BN.

3. Ia suatu pungutan suara rakyat Kemaman, sekali gus tak keterlaluan kalau saya katakan ianya mewakili pandangan suara rakyat Malaysia terhadap prestasi Perdana Menteri ke-10 (PMX) dan anggota kabinetnya.

4. Ia adalah signal bagaimana sikap rakyat Terengganu terhadap tindakan berbaur diskriminasi, ketidakadilan dan penafian hak rakyat Terengganu oleh mereka yang berada di tapuk kuasa Putrajaya.

5. Rakyat sudah bersedia untuk memberi peluang kepada tokoh dari PAS bagi mengisi posisi nombor satu kepimpinan negara.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat 

Sumber | HARAKAHDAILY