Bercakap bohong lama-lama jadi Perdana Menteri.
Ada penulis pro-PHBN tulis tajuk "Tit For Tat", kononnya apa PMX buat sekarang adalah sama dengan apa PM sebelum ni buat iaitu tiada peruntukan pembangkang.
Okey aku nak jawab mudah jer. Betul 60 tahun UMNO perintah takde peruntukan pembangkang.
Tapi bukankah Anwar yang janji nak pulihkan negara for a better Malaysia?
Dia janji nak beri peruntukan sama rata dalam manifesto dia. Siap janji masuk terus ke Ahli Parlimen dan bukan melalui Pejabat Perdana Menteri.
Anwar juga dulu sebelum kuasa beria-ria pertahan hak royalti. Siap janji 20% bukan 5%.
Sekarang apa dia buat bila ada kuasa?
Dia kata nak peruntukan pi bincang. Hasilnya sorang demi seorang Ahli Parlimen PN dok lompat sokong dia.
Royalti hak negeri dia pernah perjuangkan dia boleh bakul sampahkan. Yang peliknya dia berani usik Kelantan dan Terengganu je. Sabah Sarawak dia tak beranik usik. Kerana kalau dia usik Sabah Sarawak, abis hilang sokong ahli parlimen Sabah Sarawak.
Sebab tu orang cakap Anwar ni ada banyak penyakit, salah satunya adalah Pathological Liar. Dia akan cakap apa sahaja dan janji apa sahaja untuk kuasa. Lepas tu korang bersedialah untuk basah dikenc1ng. Korang setuju tak?
Nurul Islam Mohamed Yusoff
No comments
Post a Comment