PETALING JAYA: UMNO dan Barisan Nasional (BN) mendapat tambahan seorang anggota Kabinet sekali gus menjadi tujuh Menteri berbanding enam pada sebelum ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana terus memberi kepercayaan dan keyakinan untuk BN meneruskan khidmat bakti terbaik kepada rakyat dan negara.
“Alhamdulillah UMNO-BN mendapat penambahan seorang lagi Menteri baharu menjadikan keseluruhan tujuh Menteri dan enam Timbalan Menteri.
“Moga Kerajaan Perpaduan Malaysia terus utuh demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam Facebook hari ini.
Rombakan Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri menyaksikan UMNO dan BN mendapat tambahan jawatan menteri menerusi pelantikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.
Sementara itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan antara tiga pemimpin utama UMNO yang bertukar portfolio apabila beliau sebelum ini Menteri Pertahanan bertukar sebagai Menteri Luar.
Kekosongan yang ditinggalkan Mohamad diisi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, sebelum ini Menteri Pendidikan Tinggi.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir pula bertanggungjawab mengalas tugas Menteri Pendidikan Tinggi.
Selain itu, Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr Noraini Ahmad pula dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. – UTUSAN
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment