Ketua Pemuda Armada Bersatu Nasional Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, mereka sentiasa berdepan pelbagai cabaran ketika berada di lapangan.
Selain itu katanya pemerkasaan peranan anggota masyarakat sebagai agen kepada agensi penguatkuasaan begitu penting antaranya Rakan Cop atau Rakan KDN.
“Kerajaan juga perlu mengambil kira suatu penguatkuasaan kepada piagam pelanggan terhadap perkhidmatan ambulans dan bantuan kecemasan awal,” katanya selepas melawat keluarga Allahyarham Muhammad Zaharif Affendi di Taman Chemor Sentosa.
Turut hadir Ketua Armada Bersatu Perak Syafiq Razkhi dan Ketua Srikandi Bersatu Negeri Puteri Holijah.
Pada Jumaat lepas Allahyarham Muhammad Zaharif dilapor dilanggar seorang
pegawai kanan polis sehingga mengakibatkan kematian di Jalan Taman Jati dekat Meru.
Mangsa merupakan pelajar tingkatan lima dikatakan dilanggar di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati.
Wan Ahmad Fayshal yang juga ahli parlimen Machang berkata, bapa mangsa Muhd Zamrie Zainal Abidin menceritakan tentang insiden yang menimpa anaknya.
Kata beliau keluarga Allahyarham berharap mendapat keadilan sewajarnya.
“Saya dan rakan-rakan Armada Bersatu Malaysia mengucapkan takziah kepada Muhd Zamrie sekeluarga. Semoga terus tabah dan cekal menghadapi ujian kehilangan insan tersayang.
“Doa kami, semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan diredaiNya,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 20/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment