NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Aneh, banjir di kawasan tinggi - Shafie Ngah




Aneh, banjir di kawasan tinggi.

YB Shafie Ngah bersama pegawai Pusat Khidmat ADN Sg. Ramal melakukan jelajah di Taman Bangi Indah dan perumahan PKNS Batu 6 Bangi, dengan penyertaan wakil penduduk setempat.

Tujuan jelajah ini adalah untuk melakukan tinjauan dan mendapatkan maklumat secara terus daripada penduduk terhadap beberapa isu.

 Isu utama adalah berkenaan sistem perparitan yang tidak mampu menampung kadar aliran air hujan sebagaimana sebelumnya. Maklum sahaja, longkang sedia ada dibina lebih 50 tahun dahulu.

Kini, dengan sempurnanya projek Bangi Avenue, dan bermulanya projek ratusan unit rumah di sekitar perumahan ini, longkang sedia ada sudah tentu tidak mampu menanggung air yang begitu banyak. Tambahan pula dengan kadar hujan yang begitu tinggi mutakhir ini, kadar air yang perlu ditanggung oleh longkang sedia ada anggarannya berkapasiti lebih 5 kali ganda.

Longkang itu yang digunakan oleh Bangi Avenue terutama Pusat Beli Belah dan Bangi Avenue Convention Centre.

Keadaan lebih buruk apabila tarahan bukit bersebelahan dengan perumahan yang berusia lebih 50 tahun itu berjalan. Pemaju melakukan kerja-kerja tarahan bukit bagi memulakan projek perumahan bertingkat beratus unit di situ. 

Apa yang menyedihkan ialah air yang turun daripada bukit berkenaan sebahagiannya disalirkan ke kawasan perumahan berhampiran dan sebahagian lagi ke longkang JKR, yang kedua-dua bentuk longkang tersebut bukan selayaknya digunakan oleh pemaju berkenaan.

Sudahlah air daripada Bangi Avenue memenuhkan longkang perumahan, ditambah pula oleh air daripada projek bersebelahan.

Keadaan ini menyebabkan berlaku limpahan air hujan yang memasuki rumah penduduk berhampiran, sekalipun kedudukan rumah-rumah penduduk lebih tinggi berbanding yang lain.

Aduan demi aduan telah dibuat oleh penduduk namun ianya tidak diendahkan oleh, sama ada pemaju mahupun pihak berkuasa yang meluluskan projek-projek tersebut.

Keadaan ini amat serius dan Pusat Khidmat ADN Sg. Ramal sudah laporkan kepada pihak berwajib. Sekiranya tiada tindakan yang betul daripada pihak-pihak berkenaan kami bimbang sesuatu yang lebih buruk akan berlaku.

Mohon dijauhkan Allah.

#ShafieNgah
#BangiBersih


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo