MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga esok. - Gambar hiasan |
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan di Johor itu melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka berlaku hingga Isnin ini, manakala Johor dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok.
Di Pahang, lokaliti yang tersenarai meliputi kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala kawasan dijangka mengalami hujan berterusan di Johor adalah Kluang, Kulai dan Johor Bahru. - Bernama
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment