NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amanah tidak akan tinggalkan DAP- Mat Sabu



KLANG – Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan beliau mahupun partinya tidak akan sesekali mengikut cadangan Pas untuk meninggalkan DAP.

Jelas beliau, keputusan untuk bekerjasama dengan DAP telah diambil dari ketetapan Pas sendiri iaitu pada 2008 dan 2013 dengan merujuk kerjasama Pas, PKR dan DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU ke-13.

Katanya, Amanah mengikut jejak langkah bersama dengan DAP pada 2008 dan 2013 dulu.

“Seruan (Datuk) Hashim yang kita tak mahu layan. Pas dulu sudah kerjasama malah puji melambung ke langit pada 2008 dan 2013,” katanya kepada media selepas merasmikan Konvensyen Amanah 2023 di sini hari ini.

Sebelum ini Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin meminta Amanah meninggalkan DAP sekiranya mahu bekerjasama dengan Pas.

Ia sebagai membalas syarat yang ditetapkan oleh Naib Presiden AMANAH, Adly Zahari yang meminta  Pas mengikis naratif 3R iaitu agama, raja, dan kaum jika mahukan kerjasama dengan parti Amanah. -MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo