NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Akar umbi Amanah, BN masih belum serasi



IPOH – Ahli Parti Amanah Negara (Amanah) dan Barisan Nasional (BN) khususnya di peringkat akar umbi dilihat masih ‘malu-malu kucing’ kerana masih belum dapat menyesuaikan diri antara satu sama lain.

Naib Presiden Amanah, Datuk Dr Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, walaupun kedua-dua parti sudah menjalinkan kerjasama di bawah Kerajaan Perpaduan selama setahun namun keserasian di peringkat akar umbi tidak seperti hubungan baik yang terjalin di peringkat atasan.

“Memang terdapat sedikit jurang dilihat di peringkat akar umbi namun kita di peringkat atasan mempunyai hubungan baik.

“Jadi, kita perlu beri ruang dan masa (peringkat kar umbi) supaya mereka mendapat keserasian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian Konvensyen Amanah Perak Kali Kelapan di hotel Tower Regency di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Amanah Perak, Datuk Asmuni Awi; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang; Bendahari DAP Perak, Howard Lee Chuan How dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Aminuddin Md Hanafiah.

Sementara itu, Mujahid berkata, satu konvensyen akan diadakan pada 28 Disember ini melibatkan keseluruhan jentera Kerajaan Perpaduan namun lokasinya masih belum ditetapkan.

“Majlis konvensyen itu akan diadakan pada 28 Disember ini bersama seluruh jentera perpaduan, BN, PH dan ia akan diumumkan secara rasmi dalam masa terdekat,” ujar Pengerusi PH Perak. – MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo