NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Dewan Negara gesa percepat siasatan terhadap Aman Palestin



  • Seorang Ahli Dewan Negara semalam gesa kerajaan mempercepat siasatan terhadap Aman Palestin yang kini disiasat atas dakwaan penyalahgunaan dana awam.
  • Senator Musoddak Ahmad berkata, SPRM perlu bertindak segera kerana seluruh rakyat mahu bantuan disumbangkan melalui Aman Palestin disampaikan segera kepada penduduk Gaza.
  • “Ini (dakwaan salahguna dana awam) masih dalam siasatan SPRM, maka  kita serahkan kepada pihak SPRM yang buat siasatan ini. Bagaimanapun, mungkin dana-dana yang ada dalam akaun mereka itu boleh pihak SPRM melepaskan segera untuk disampaikan kepada penduduk di Gaza terlebih dahulu.
  • “Saya dapati di antara mereka ada yang sanggup menjual motosikal, ada yang sebelah hulu sana – Baling sanggup menjual kerbau dan ada yang menjual barang kemas untuk disumbangkan rakyat Palestin, inilah rakyat Malaysia yang suka memberi derma,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Negara semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Dewan Negara semalam menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap pertubuhan amal, Aman Palestin  yang kini disiasat atas dakwaan penyalahgunaan dana awam.

Justeru itu, Senator Musoddak Ahmad berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu bertindak segera kerana seluruh rakyat mahu bantuan yang disumbangkan melalui Aman Palestin dapat disampaikan segera kepada penduduk Gaza.

“Ini (dakwaan salahguna dana awam) masih dalam siasatan SPRM, maka  kita serahkan kepada pihak SPRM yang buat siasatan ini. Bagaimanapun, mungkin dana-dana yang ada dalam akaun mereka itu boleh pihak SPRM melepaskan segera untuk disampaikan kepada penduduk di Gaza terlebih dahulu.

“Saya dapati di antara mereka ada yang sanggup menjual motosikal, ada yang sebelah hulu sana – Baling sanggup menjual kerbau dan ada yang menjual barang kemas untuk disumbangkan rakyat Palestin, inilah rakyat Malaysia yang suka memberi derma,” katanya dalam sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2024 di Dewan Negara semalam.

Musoddak merujuk kepada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan pihaknya membekukan 41 akaun bank syarikat pertubuhan itu bernilai RM15 juta.

Azam berkata, pembekuan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan siasatan terhadap dakwaan Aman Palestin menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.

Dalam pada itu, Musoddak mencadangkan agar kerajaan  bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) dapat mencetuskan gelombang sokongan rakyat terhadap perjuangan rakyat Palestin bagi meningkatkan lagi sumbangan dari rakyat Malaysia.

Beliau membangkitkan perancangan kerajaan melalui Wisma Putra untuk menghulurkan bantuan kepada penduduk dan usaha bagi membangunkan semula wilayah Gaza yang kini sudah musnah akibat kekejaman rejim zionis  mengebom dan membunuh puluhan ribu  penduduk.

“Dalam perkara ini, saya ingin mengetahui perancangan Wisma Putra bagi mengerakkan sokongan pasca peperangan di sana saya yakin Malaysia telah melakukan pelbagai usaha demi menyokong perjuangan rakyat Palestin meskipun terdapat perbezaan sesama kita.

“Saya juga mencadangkan supaya kerajaan bersama NGO untuk melakukan gelombang solidariti Palestin untuk kali kedua untuk meningkatkan jumlah bantuan kemanusiaan dan keperluan asas daripada rakyat Malaysia yang cintakan Palestin,” katanya lagi.

Sumber: MalaysiaGazette



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo