Mereka terpaksa melupakan seketika urusan di pejabat kerana terpaksa keluar masuk kampung memindahkan mangsa banjir dan menghantar bantuan.
Perkara itu sudah menjadi rutin bagi ahli parlimen Rantau Panjang Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff, namun pengalaman pertama bagi Adun Gual Periok Kamaruzaman Mohamad dan Adun Apam Putra Zamakhsari Muhamad.
Hari ini Kamaruzaman menyertai operasi memindahkan mangsa banjir di Kampung Putat Tujuh Mukim Merah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial. (Foto atas)
Katanya, banjir kali ini begitu membimbangkan kerana air naik terlalu cepat.
“Diharap semua penduduk yang terlibat di kawasan banjir sentiasa berwaspada dalam apa jua keadaan,” katanya pada catatan di laman sosialnya.
Sebelum itu beliau menerima kunjungan Pertubuhan Kebajikan Rantau Panjang di Pusat Khidmat Dun Gual Periok bagi membincangkan pembangunan Pekan Rantau Panjang.
Beberapa hari lepas Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Rohani Ibrahim Kelantan menghadiri mesyuarat di Pejabat Pusat Khidmat Dun Gual Periok.
Turut hadir ahli Parlimen Rantau Panjang dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Pasir Mas.
Kamaruzamn berkata, fokus perbincangan mengenai kebajikan mangsa banjir di Dun Gual Periok. – HARAKAHDAILY 27/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment