NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ada pihak cuba jatuhkan saya, kata timbalan KPN

Timbalan KPN Ayob Khan Mydin Pitchay menasihatkan ketua-ketua polis untuk menjadi contoh amalan integriti dan budaya kerja yang baik.


KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini mendakwa ada pihak tertentu cuba menjatuhkannya dan mencemarkan reputasinya menerusi “tohmahan dan tuduhan”.

Bekas ketua polis Johor itu bagaimanapun berkata, beliau tetap dengan pendiriannya, mengalu-alukan sebarang siasatan berhubung tuduhan terhadapnya, tanpa memberikan butiran lanjut mengenainya.

“Walaupun banyak tohmahan dan tuduhan dibuat terhadap saya, bagi saya, (kalau) nak siasat, silakan.

“Siasat isteri, anak, ibu bapa dan adik beradik saya (sekali),” katanya pada forum sempena Hari Integriti di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang.

Ayob berkata, pegawai atasan lain seperti Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya turut terkena pelbagai tohmahan, menurutnya kerana ada pihak tertentu yang mahu menggantikan Dellhan dengan “orang mereka”.

Ayob, yang sebelum ini mengetuai unit antikeganasan Bukit Aman turut mendakwa, ada pegawai polis cuba memujuknya untuk menutup sebelah mata mengenai salah laku apabila beliau mengambil alih jawatan ketua polis Johor pada 2020.

Katanya, pegawai-pegawai ini memintanya untuk sekadar “mengikut sahaja” amalan lazim, seminggu sebelum beliau berpindah ke negeri selatan itu.

“Dulu apabila saya diarah berpindah ke Johor, seminggu sebelum itu, ada orang cakap (pada saya), ikut saja. Ada yang kata ‘Datuk jaga itu sahaja, yang lain kami jaga’.

“(Saya kata), ‘apa yang kamu nak jaga? Saya (akan) ‘micro-manage’,” katanya.

Ayob turut mengingatkan pegawai atasan bahawa perubahan dalam pasukan bermula dengan mereka mengamalkan integriti dan mewujudkan “budaya betul”.

“Kalau nak berubah, pastikan yang atas tu betul. Kalau ketua-ketua polis tak betul, macam mana nak budayakan benda ini?

“Memang sukar nak diubah sebab budaya tu sudah ada,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo