Susulan itu nama Dr Sam menjadi trending di media sosial terutama Facebook. Dapatan Analitika Ilmuwanmenunjukkan trending menaik sejak 27 November apabila beliau membentangkan belanjawan tanpa menyatakan peruntukan secara terperinci bagi mengelakkan salah guna kuasa ketika tempoh berkempen.
Beliau berkata “Antara sebab utama pendekatan terbaru ini dibuat adalah kerana sewaktu belanjawan ini dibentangkan saya juga terlibat dalam satu proses demokrasi pilihan raya di tempat yang semua sedia maklum untuk mengelak saya dilihat mengambil kesempatan supaya pertandingan yang saya sertai itu lebih adil sifatnya, maka saya mengambil keputusan untuk bersikap lebih cermat untuk tidak menyebutnya dalam belanjawan kali ini.” – Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
85 peratus warganet memberi reaksi positif terhadap beliau. Dari komen warganet yang dapat dikumpulkan dapat kami simpulkan rata-rata memuji keperibadian, pembawakan dalam mengetuai kerajaan negeri serta pencapaian Negeri Terengganu di bawah kepimpinan beliau.
16,000 engagement dapat dikumpulkan di Facebook, manakala 7,000 pula di laman Twitter. Terdapat sejumlah kecil respon negatif yang diterima yang berlegar dengan komen berkenaan royalti yang diberi oleh Kerajaan Pusat. Namun dibalas dengan komen bahawa royalti itu adalah hak rakyat Terengganu.
QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 2/12/2023
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment