NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

6,800 kes Covid-19, naik hampir sekali ganda dalam seminggu

Dr Radzi Abu Hassan berkata, fasiliti kesihatan tidak terbeban dengan peningkatan mendadak kes Covid-19.


PETALING JAYA: Jumlah kes Covid-19 dilaporkan meningkat daripada 3,626 kepada 6,796 kes dalam tempoh seminggu, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Radzi Abu Hassan.

Dalam laporan mingguan berakhir 2 Dis lalu, katanya, kadar kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan, termasuk kes disyaki ialah 3.5 orang bagi setiap 100,000 penduduk dan 1.0 orang bagi setiap 100,000 penduduk bagi yang bergejala ringan.

Beliau berkata, walaupun terdapat peningkatan kes Covid-19, tetapi keadaan masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

“Kementerian Kesihatan akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa dan sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya dalam kenyataan.

Radzi berkata, 72.9% kes daripada varian Omicron, 26.2% varian Delta dan selebihnya kes varian Alpha serta Beta.

“Sehingga kini, tiada varian baharu dikesan di Malaysia dan tiada petunjuk varian yang beredar secara tempatan lebih mudah berjangkit atau menyebabkan penyakit lebih teruk.”

Beliau menasihatkan orang ramai sentiasa mengamalkan langkah pencegahan dan kebersihan diri untuk mencegah jangkitan.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo