NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2,312 unit rumah bernilai RM200,000 ke atas tak laku di Perak

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sandrea Ng Shy Ching berkata rumah jenis kondominium paling banyak tidak terjual, selain harga di luar kemampuan.


IPOH: Sebanyak 2,312 unit hartanah perumahan tidak terjual di Perak tahun lalu dengan majoriti berharga lingkungan RM200,000 ke atas, DUN diberitahu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Sandrea Ng Shy Ching, berkata rumah tidak terjual itu berharga di luar kemampuan serta tidak memenuhi permintaan penduduk di lokaliti projek tersebut.

Beliau berkata, menurut data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (Napic), daripada jumlah itu, rumah jenis kondominium atau apartmen paling banyak tidak terjual, iaitu 1,203 unit atau 52.03%.

“Berdasarkan data Napic ini, ia menunjukkan bahawa rakyat negeri Perak lebih cenderung untuk membeli rumah dalam kategori kos rendah iaitu harga di bawah RM100,000.

“Data Napic menunjukkan bahawa tiada hartanah perumahan tidak terjual dalam kategori harga tersebut di dalam negeri Perak,” katanya pada sesi soal jawab di persidangan itu di Dewan Negeri, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Sandrea (PH-Teja) menjawab soalan Chaw Kam Foon (PH-Menglembu) yang ingin tahu mengenai isu rumah tidak dijual dan langkah telah diambil kerajaan mengatasi masalah itu.

Bagi mengatasi masalah itu, beliau berkata kerajaan negeri melaksanakan Dasar Perumahan Negeri Perak bagi pembangunan melibatkan keluasan tanah melebihi lapan hektar.

Menerusi dasar itu, katanya pemaju diwajibkan membangunkan 40% rumah mampu milik merangkumi pembinaan Rumah Perakku I, Rumah Perakku II, dan Rumah Perakku III, manakala baki 60% dibenarkan untuk pembinaan rumah harga terbuka.

“Kerajaan negeri turut memberi insentif-insentif kepada pemaju untuk menggalakkan pembangunan Rumah Perakku iaitu pengurangan caj pemajuan dan caj premium bagi tujuan pengeluaran hak milik bagi Rumah Perakku I dan Rumah Perakku II,” katanya.

Menurutnya, sebanyak empat projek Rumah Mampu Milik berjaya disiapkan merangkumi 356 unit Rumah Perakku I, II, dan III serta 100 unit Rumah Perakku I di Taman Kerian Putra, 107 unit Rumah Perakku II di Selinsing dan Taman Kerian Putra serta 149 unit Rumah Perakku III di Tualang Sekah Fasa 2, Taman Kerian Putra dan Gerik.

Beliau berkata, kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 1,929 unit Rumah Perakku akan siap dibina tahun hadapan terdiri daripada 172 unit Rumah Perakku I di Trolak, Tanjung Tualang Fasa 3 dan Tapah serta 1,222 unit Rumah Perakku II di Perwira Batang Padang, Tapah, Perwira Seri Iskandar, Perak Tengah, Simpang Pulai dan Tapah.

“Tambahan 535 unit Rumah Perakku III yang terletak di Tanjung Tualang Fasa 2, Tapah, Asam Kumbang, dan Parit juga disasarkan akan siap pada tahun 2024,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo