PETALING JAYA: Polis Selangor berkata dua kanak-kanak mendakwa ada melihat Zayn Rayyan Abdul Mattin, kanak-kanak enam tahun yang dibunuh, pada hari kejadian mangsa dilapor hilang.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan, berkata kanak-kanak itu melihat Zayn di tingkat dua dan tiga Blok R Apartment Idaman, di Damansara Damai, blok di mana keluarga Zayn menetap.
“Hasil ‘mass screening’, polis berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang nampak mangsa di tingkat 2 dan 3 Blok R pada petang 5 Dis,” katanya kepada FMT.
Sehari selepas mangsa dilapor hilang, mayat Zayn ditemui di sungai, kira-kira 200m dari rumahnya.
Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia dalam tempoh 48 jam selepas mayat dijumpai.
Sebelum ini, polis berkata pihaknya pergi dari pintu ke pintu kawasan perumahan Idaman, melibatkan 18 blok kediaman yang menempatkan 2,400 rumah.
Semalam, dilaporkan bahawa proses siasatan menemukan stoking berdekatan kawasan sungai di mana mayat Zayn dijumpai.
Hussein berkata, stoking itu dihantar ke makmal untuk dianalisis bagi memastikan ia milik Zayn.
Pada 11 Dis, beliau dilaporkan berkata, polis percaya hanya seorang sahaja terlibat dalam pembunuhan Zayn, berdasarkan kesan jerut di leher dan ada kecederaan pertahankan diri ditemukan pada mayat mangsa.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment