NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

137 GRO warga asing ditahan

Antara individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bandar Johor Bahru, di sini, pada Ahad.


JOHOR BAHRU - Seramai 137 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru di sini, pada Ahad.

Kejayaan itu dimuat naik pada Isnin menerusi Facebook rasmi Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menurut kenyataan itu, serbuan dilakukan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) JSJ Bukit Aman bermula jam 12 tengah malam dan berakhir pada jam kira-kira jam 6.30 pagi.

"Pihak polis juga telah berjaya menahan 52 orang warga asing yang merupakan pengurus, pekerja am, pelanggan dan 'mummy'.

"Ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka yang ditahan positif dadah jenis eramin 5," katanya.

Tambah kenyataan itu, pusat hiburan yang berkonsepkan 'live band open pub dan kalungan bunga' itu beroperasi di antara jam 9 malam sehingga 3 pagi menjadi tumpuan warga asing.

"Kesemua tangkapan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Enakmen Hiburan Negeri Johor," katanya.


Sumber | Sinar Harian





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo