NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yossi Bennayoun, rakyat Israel yang terlepas dari plan boikot rakyat Malaysia.

Nama Yossi tidak asing lagi buat penyokong bolasepak Malaysia dengan pernah mewakili West Ham, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan malah skuad tajaan syarikat penerbangan Malaysia, Air Asia waktu itu bersama Queens Park Rangers.

Walaupun rakyat Malaysia ketika itu ada yang tidak berpuas hati dengan nama Yossi disenaraikan Chelsea untuk menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan (2011), ianya tidak menafikan Yossi untuk menjejak kakinya di bumi Malaysia.

Ianya atas kempen boikot yang tidak sepenuh jiwa.

• Ada yang berpendapat, Yossi hanyalah atlet sukan dan masuk ke Malaysia secara aman.

• Kedatangan Yossi hanyalah beraksi di perlawanan persahabatan.

• Ultras Malaya sendiri secara tidak langsung melancarkan kempen boikot game ‘sarkas’ tetapi perlawanan tetap dijalankan.

• FAM sanggup menghantar skuad Pilihan Malaysia dan bukannya skuad utama Malaysia. 

Antara pemain senior yang mewakili Pilihan Malaysia adalah seperti Hairudin Omar, Shahrulnizam, dan Norhafiz Zamani.

Hanya pemain utama Malaysia seperti Wan Zack Haikal, Zubir Azmi dan Joseph Kalang Tie sahaja dipanggil.

• Fans Chelsea yang datang dari pelbagai bangsa dan agama ada yang mahu perlawanan masih diteruskan.

Tambah parah, FAM sendiri membuat permohonan maaf secara rasmi kerana Yossi dilayan teruk pada perlawanan tersebut dengan makian dan cacian.

Kini, Israel kembali melewatkan kekejaman dan rakyat Malaysia bagai bermusim lancarkan kempen boikot.

Cuma kali ini biarlah sepenuh hati dan selama mana mampu. 

Jihad setiap kita mungkin berbeza tapi matlamat yang sama.

FB : Nurazhar Mohd Zin

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo