NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia



Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membebaskan Muhammad Yasin Sulaiman daripada atas tiga tuduhan kes dadah.

Penyanyi dan komposer yang pernah dijemput menyanyi dalam program PKR itu bagaimanapun diarah ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak untuk dirawat.

Hakim Faiz Dziyauddin memerintahkan Muhammad Yasin, 48, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak selama tempoh yang diperkenankan Sultan Selangor.

Faiz berkata setelah meneliti keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh ada melakukan perbuatan sebagaimana dalam ketiga-ketiga pertuduhan.

“Bagaimanapun, mahkamah memutuskan bahawa tertuduh dilepas dan dibebaskan dengan alasan semasa kejadian sebagaimana yang didakwa pada 24 Mac 2022, tertuduh berada dalam keadaan mental yang tidak waras walapun tertuduh sedar akan sifat perbuatannya.

“Namun begitu, gejala-gejala ‘mania’ (emosi tidak stabil) yang dialami tertuduh pada masa tersebut menyebabkan kemerosotan kognitif pada tahap teruk sehingga tertuduh tidak mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan itu adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang.

“Justeru, menurut Seksyen 348 (1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), mahkamah dengan ini memutuskan bahawa tertuduh diletakkan di bawah penjagaan yang selamat di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak untuk tempoh selama mana diperkenankan oleh Sultan Selangor sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 348(2) KTJ,” katanya dipetik Bernama.

Muhammad Yasin yang memakai t-shirt berwarna hitam dilihat memeluk ahli keluarganya selepas keputusan itu.

Penyanyi lagu Mimpi Laila itu didakwa memberikan dirinya dadah jenis ’11-nor-delta-9 tetrahydrocannabinol-9-carboxylic acid’ di Pejabat Narkotik IPD Petaling Jaya pada 11.05 malam, 24 Mac tahun lepas.

Dia dituduh mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Muhammad Yasin juga didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu di kediamannya di Kota Damansara di sini, pada 5.30 petang, pada tarikh yang sama.

Pertuduhan mengikut Seksyen 6 ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat tidak kurang 10 sebatan, serta Seksyen 6B(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6B(3) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan sebat tidak kurang daripada enam sebatan.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala peguam Ariff Azami Hussein mewakili Muhammad Yasin.

Pada 15 Sept lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil tujuh saksi semasa perbicaraan yang bermula 28 Ogos lepas manakala seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo