NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam



Keadaan emosi yang tidak stabil menyebabkan Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani tidak dapat memberi keterangan kepada pihak polis, kata peguamnya.

Peguam kepada Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) yang terlibat dalam video tular memberitahu media, anak guamnya itu mengalami kemurungan dan memerlukan masa untuk memberi keterangan kepada polis.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihak polis tidak dapat menghubungi Wahab bagi mengambil keterangannya.

“Buat masa ini, Wahab mengalami kemurungan dan Bukit Aman setuju untuk beri dia masa,” katanya seperti dilapor media.

Faizal berkata pihaknya sentiasa berhubung dengan polis berkenaan siasatan kes video perbualan antara Wahab dengan bekas ketua pengarah J-KOM Datuk Mohammad Agus Yusoff yang tular sebelum ini.

“Saya sentiasa berhubung dgn pihak PDRM. Jadi, kenyataan Razarudin semalam ada sedikit salah faham.

“Bukit Aman ada menghubungi saya pada pagi tadi. Saya juga telah menyatakan bahawa akan memberikan komitmen untuk Wahab beri keterangan dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Semalam, Razarudin antara lain berkata telefon Wahab dimatikan menyebabkan pihak polis tidak dapat menghubunginya.

Dia juga meminta Wahab tampil membantu siasatan memandangkan dia adalah saksi penting kes tersebut, termasuk dalam usaha mengesahkan identiti “Mr H”.

“Mr H” adalah individu yang didakwa Wahab sebagai pegawai berpangkat tinggi J-KOM yang menjadi dalang kepada penyebaran video tersebut.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo