NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Video tular: Polis sahkan terima laporan Mohammad Agus

Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan berhubung video tular yang memaparkan rakaman perbualan lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff dengan seorang pegawainya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laporan itu dibuat Mohammad Agus di Balai Polis Kajang pagi tadi.

Terdahulu, tular menerusi media sosial video berdurasi tiga minit memaparkan perbualan secara dalam talian antara lelaki didakwa mirip Mohammad Agus dengan seorang individu lain.

Mohammad Agus pada sidang medianya di sebuah hotel di Bangi, Selangor hari ini mendakwa video itu disunting dan telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.


Sumber | BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo