PUTRAJAYA: Satu rakaman video perbualan lucah antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff tersebar di media sosial.
Video berdurasi 3 minit 3 saat itu dikongsikan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai Che’gu Bard menerusi akaun aplikasi Tik Tok miliknya.
Menerusi rakaman video itu boleh didengar secara jelas perbualan sesama lelaki itu melalui panggilan video seperti pasangan kekasih yang sedang ‘memancing’ untuk melakukan hubungan intim.
Menjengah ruangan caption pada video berkenaan, Che’gu Bard mempersoalkan adakah lelaki dalam video itu adalah Pengarah J-KOM lantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan meletak jawatan hari ini.
“Video ini betul atau tidak? Adakah ini Agus, Pengarah Jkom lantikan Anwar Ibrahim yang telah meletakkan jawatan hari ini?
“Memang bukan rahsia pertembungan Agus dan beberapa watak dalam Pejabat PM…Adakah perkara ini viral kerana pertembungan JKOM dan PMO ?
Berapa ramai lagi yang mengalami kecelaruan identiti seks yang dalam lantikan politik Anwar?” tulisnya.
Sementara itu, memetik laporan media, Mohammad Agus mengesahkan telah menghantar surat peletakan jawatan.
Beliau berkata, surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri semalam.
Katanya, keputusan berkenaan dilakukan berikutan beliau menerima tawaran pekerjaan baharu dan bukan disebabkan tekanan oleh mana-mana pihak.
“Saya ada tawaran (kerja) baharu, tidak ada tekanan kepada saya. Jadi, apabila semuanya sudah disahkan, sama ada saya mahu bersara atau menjawat jawatan baharu yang lebih mencabar, tunggu berita itu.
“Kalau peletakan jawatan saya dipersetujui oleh Perdana Menteri nanti, saya akan meletakkan jawatan dengan serta-merta,” katanya.
Mohammad Agus dilantik sebagai Ketua Pengarah J-KOM pada Februari lalu, namun beliau serta jabatan terbabit banyak menerima kritikan berikutan disifatkan kurang berkesan dalam memainkan peranannya menguar-uarkan maklumat berkaitan pelbagai manfaat dan insentif disediakan Kerajaan Perpaduan kepada rakyat.
Beberapa pihak terutama wakil rakyat pembangkang turut menggesa J-KOM dibubarkan. – UTUSAN
No comments
Post a Comment