NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tugas wakil rakyat ke Parlimen, bukan makan ‘gaji buta’, kata Syed Saddiq

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata rakyat berhak mengetahui alasan Ahli Parlimen dipilih mereka ponteng daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat. 


PETALING JAYA: Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata rakyat berhak mengetahui alasan Ahli Parlimen dipilih mereka tidak menghadiri atau ponteng sidang Dewan Rakyat.

Menyokong cadangan Speaker Johari Abdul untuk memaparkan nama mereka yang berbuat demikian di laman sesawang, Ahli Parlimen Muar itu berkata ini kerana gaji serta elaun mereka dibayar rakyat.

“Rakyat bayar gaji saya dan Ahli Parlimen yang lain untuk membawa isu-isu rakyat di dalam parlimen, bukan untuk ponteng dan makan gaji buta.

“Rakyat berhak tahu mengapa ada yang hadir 100% dan yang ponteng tanpa sebab,” katanya kepada FMT.

Sabtu lalu, Johari berkata tindakan itu antara beberapa penambahbaikan yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan kehadiran Ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat kerana mereka mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pengundi serta kawasan Parlimen diwakili.

Menurut Johari, cadangan itu akan dibincangkan bersama jawatankuasa Parlimen yang turut dianggotai oleh Ahli-Ahli Parlimen daripada pihak pembangkang dan juga kerajaan

Terdahulu, FMT melaporkan Ahli Parlimen PKR Hassan Abdul Karim berkata cadangan Johari it disifatkan bulan reformasi ditunggu-tunggu dan bermakna seperti mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen.

Hassan menyifatkan cadangan itu “menghampiri perilaku memfitnah sambil menegaskan Ahli Parlimen tidak sewajarnya dilayan seperti kanak-kanak sekolah”.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Johari untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo