KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan tiga pendekatan untuk memastikan ayam dijual pada harga berpatutan, di bawah RM9.40 sekilogram seperti yang diperkenalkan baru-baru ini.
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, walaupun pemantauan yang dilakukan menunjukkan lebih 90 peratus kawasan yang ditinjau menjual ayam pada harga di bawah RM9.40 sekilogram, namun masih terdapat beberapa premis yang menjual melebihi harga tersebut.
“Rentetan daripada perolehan ini, kita mengambil keputusan untuk melaksanakan tiga pendekatan berkuatkuasa serta merta bagi memastikan jualan ayam berada pada kadar di bawah paras yang ditetapkan kerajaan dan mengelak ketirisan.
“Pendekatan pertama ialah meneruskan pemantauan dan penguatkuasaan khususnya menggunapakai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan serta Akta Persaingan 2010 sekiranya wujud elemen pakatan dalam harga ayam.
“Pendekatan kedua adalah kita juga akan melaksanakan penyelesaian mitigasi bersasar mengikut kawasan atau ‘area targeted solution’ kerana terdapat isu berkaitan harga ayam di kawasan tertentu.
“Manakala yang terakhir adalah kita akan memperluaskan program intervensi di kawasan-kawasan yang mempunyai isu harga jualan ayam khususnya di Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan dan kawasan sekitar Semenanjung yang mempunyai isu penawaran harga tertinggi melebihi RM9.40 yang ditetapkan sejak dahulu lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media pelancaran Kad Diskaun Khas Menu Rahmah, di sini, hari ini.
Menurut Armizan, ketiga-tiga pendekatan itu akan dikuatkuasakan serta merta dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menyatakan kesediaannya untuk mengembleng tenaga dan membantu KPDN dalam mengawal harga ayam.
Tambah beliau, sekiranya sesebuah kawasan tertentu dikesan menawarkan harga ayam yang tinggi daripada yang ditetapkan, pasukan pemantau serta penguatkuasa KPDN dengan kerjasama KPKM akan turun padang.
“Sekiranya ia berkait isu bekalan ayam, maka kementerian kami akan turun bertanya pengusaha tentang masalahnya sama ada kos pengeluaran, kos operasi serta dan margin keuntungan dan jika didapati harga terlalu tinggi dan tidak munasabah pengusaha akan dinasihati serta disusuli tindakan berlunaskan kerangka perundangan yang sedia ada,” ujar beliau.
Dalam pada itu, bagi negeri Sabah, Sarawak dan kawasan-kawasan yang menawarkan harga ayam yang tinggi, Armizab berkata, program jualan Rahmah dan Agro Madani akan diperbanyakan di kawasan terbabit dengan serta merta. -MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment