- Tiada kewajaran untuk masyarakat Islam memboikot atau enggan mengerjakan haji dan umrah susulan rundingan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel masih berjalan di tengah-tengah pembantaian rejim zionis ke atas warga Palestin.
- Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle berkata ini kerana masyarakat Islam melaksanakan kedua-dua ibadah itu untuk Allah SWT dan tiada kaitan dengan Arab Saudi dari segi niat, mahupun perkara lain.
- Dr Rozaimi berkata ini juga kerana tiada alternatif lain bagi mengerjakan haji dan umrah melainkan sebagaimana ditetapkan ia perlu dilakukan di Makkah dan Madinah.
- “Maksudnya umrah haji kita tiada kaitan pun dengan Saudi ini dari sudut niat dan sebagainya jadi saya tidak nampak kewajaran untuk memboikot itu tetapi kita hanya perlu minimakan sokongan kita kalau Arab Saudi ada buat benda-benda bercanggah dengan syarak,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Tiada kewajaran untuk masyarakat Islam memboikot atau enggan mengerjakan haji dan umrah susulan rundingan normalisasi antara Arab Saudi dan Israel masih berjalan di tengah-tengah pembantaian rejim zionis ke atas warga Palestin.
Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Dr Rozaimi Ramle berkata ini kerana masyarakat Islam melaksanakan kedua-dua ibadah itu untuk Allah SWT dan tiada kaitan dengan Arab Saudi dari segi niat, mahupun perkara lain.
Dr Rozaimi berkata ini juga kerana tiada alternatif lain bagi mengerjakan haji dan umrah melainkan sebagaimana ditetapkan ia perlu dilakukan di Makkah dan Madinah.
“Haji dan umrah ini kita buat bukan kerana Saudi kita buat kerana Allah jadi maksudnya di zaman Nabi SAW pun sewaktu Umrah Dhu’l-Qada selepas pada perjanjian Hudaibiyah, Makkah masih ada lagi di bawah pemerintahan Kerajaan Quraisy yang tidak Islam masa itu jahiliah lagi tapi nabi tetap buat umrah ketika itu.
“Maksudnya umrah haji kita tiada kaitan pun dengan Saudi ini dari sudut niat dan sebagainya jadi saya tidak nampak kewajaran untuk memboikot itu tetapi kita hanya perlu minimakan sokongan kita kalau Arab Saudi ada buat benda-benda bercanggah dengan syarak,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai hukum sekiranya ada masyarakat Islam tidak mahu menunaikan umrah ataupun haji disebabkan pendirian penjaga dua masjid suci umat Islam itu yang masih dalam rundingan menormalisasikan hubungan dengan rejim Israel ketika ini.
Mengulas lanjut, Rozaimi berkata tiada kewajaran juga masyarakat bertindak tidak mahu mengerjakan haji dan umrah kerana normalisasi itu masih belum berlaku dan ia dalam proses perbincangan.
Beliau turut tidak bersetuju sekiranya negara Arab itu menormalisasikan hubungan dengan rejim zionis Israel dalam situasi kebanyakan negara-negara Islam mengecam negara penjajah tersebut.
“Kalau nak teruskan hubungan normalisasi ini memang satu pendirian yang pelik dan jelik bagi saya sebab Israel itu sendiri perampas negara Palestin yang sepatutnya tiada normalisasi melainkan perlu diberikan hak kepada rakyat Palestin,” katanya. —- The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment