NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak adil salahkan kami atas kegiatan haram penyewa, kata ejen hartanah

Ejen hartanah berkata, walaupun selepas disaring, tiada jaminan penyewa akan mematuhi undang-undang apabila menetap di premis yang disewa.


PETALING JAYA: Tidak adil untuk mempertanggungjawabkan ejen hartanah atas kegiatan haram dilakukan penyewa, kata Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA).

Presidennya Tan Kian Aun berkata, ejen hartanah ditadbir oleh Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981, dan wajib mematuhi kod etika.

Salah satu syarat perlu dipatuhi ejen adalah menyaring calon penyewa dengan betul menggunakan borang “kenali pelanggan anda”.

“Masalahnya adalah apa yang penyewa lakukan selepas disaring. Apabila mereka melakukan sesuatu yang menyalahi undang-undang nanti, tidak adil untuk menyalahkan kami kerana kami telah menjalankan tugas, membuat pemeriksaan yang sewajarnya,” katanya.

Tan berkata, terdapat kes ejen tidak berlesen menyewakan premis tanpa menjalankan pemeriksaan sewajarnya, kemudian mendapati premis itu digunakan untuk tujuan haram.

Beliau berkata, ejen berlesen juga dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM), justeru mematuhi kod etika dengan ketat.

Bagaimanapun, katanya, walaupun selepas proses saringan, tiada jaminan penyewa akan mematuhi undang-undang apabila menetap di premis yang disewa.

Minggu lepas, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Ramli Yoosuf memberikan amaran kepada ejen dan pemilik hartanah bahawa mereka akan didakwa jika berlaku kegiatan haram di premis mereka.

Ramli berkata, mereka boleh dikenakan tindakan mengikut Kanun Keseksaan seperti Seksyen 420 kerana menipu, Seksyen 34 untuk liabiliti bersama dan Seksyen 109 kerana bersubahat.

Perunding hartanah senior James Wong berkata, ejen berdaftar mempunyai kewajipan menjaga pelanggan dengan mencari penyewa yang jujur.

“Ejen hartanah tidak boleh dipersalahkan, dianggap sebagai bersubahat mahupun didakwa sekiranya premis itu akhirnya menjadi pusat panggilan ‘scam’,” katanya kepada FMT.

Walaupun pemilik digalakkan untuk kerap memeriksa premis dan melaporkan aktiviti yang mencurigakan kepada pihak berkuasa, Wong berkata, syarikat telekomunikasi juga harus melaporkan penggunaan berbilang talian yang mencurigakan di mana-mana premis.

Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo