Perhimpunan Agung MIC ke-77 turut meluluskan resolusi mempertimbang pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak. (Gambar Bernama) |
PETALING JAYA: Perhimpunan Agung MIC ke-77 meluluskan resolusi jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan berlangsung pada tahun depan.
Timbalan Presiden MIC M Saravanan memberitahu satu lagi resolusi yang diluluskan adalah mempertimbang pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri Najib Razak, lapor Bernama.
Kata Saravanan, resolusi agar kedua-dua jawatan tertinggi MIC itu tidak dipertandingkan susulan usul di peringkat negeri termasuk Pahang dan Perak.
Kedua-dua resolusi disokong oleh 1,500 perwakilan pada persidangan yang dirasmikan Presiden MIC SA Vigneswaran di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang.
Mengulas mengenai sokongan MIC terhadap kerajaan perpaduan, Saravanan berkata parti itu akan terus menyokong pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim sehingga PRU16.
Bagaimanapun, beliau berkata MIC akan memutuskan isu mengenai sokongan parti kaum India itu apabila tiba waktunya.
“Meskipun tidak mengutamakan soal jawatan (dalam kerajaan) tetapi MIC tidak akan berkompromi jika mana-mana pihak tidak menghormati kami,” katanya.
Saravanan juga berkata MIC adalah satu-satunya parti di negara ini yang memberikan komitmen tinggi terhadap kebajikan dan pendidikan komuniti India sejak 1946.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment