NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tiada keperluan Samsuri letak jawatan, kata Pas

Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar menjadi calon PAS pada PRK Kemaman 2 Dis ini. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Ahmad Samsuri Mokhtar tidak perlu meletak jawatan menteri besar Terengganu apabila menjadi calon PAS pada PRK Parlimen Kemaman 2 Dis ini, kata Hadi Awang.

Presiden PAS berkata, pemilihan naib presiden parti itu tidak menyalahi sistem demokrasi kerana menteri besar boleh bertanding sebagai calon di kerusi Parlimen.

Katanya, menteri besar juga boleh memegang jawatan Ahli Parlimen dalam penggal sama.

“Saya pun pernah jadi menteri besar dan Ahli Parlimen (Marang) iaitu pembangkang (1999). Itu biasa, tidak salah bagi politik Malaysia,” katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon PRK Parlimen Kemaman di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Ketua Penerangan Umno Azalina Othman Said mencabar Samsuri melepaskan jawatan dan memberi fokus kepada Parlimen Kemaman yang bakal ditandingi.

PRK Kemaman menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Samsuri dengan bekas panglima tentera Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Sementara itu, Hadi berkata ketika ini terdapat dua menteri besar dan seorang ketua menteri yang turut menjadi Ahli Parlimen.

Mereka adalah Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun serta Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

“Maksudnya, tiada keperluanlah (Samsuri) untuk letak jawatan (menteri besar),” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo