NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Teksi ada masa depan atau dimakan Grab?



KUALA LUMPUR: Dato’ Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) meminta kerajaan menyatakan rancangan masa depan terhadap pemandu teksi.

“Apakah teksi akan diluput oleh zaman? Bagi bandar-bandar besar sebagai London, mereka ada identiti ikon mereka sendiri.

“Di Kuala Lumpur, teksi merah putih, jadi saya nak tanya menteri apakah ada masa depan bagi mereka yang memandu teksi atau Grab akan makan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mencelah penggulungan Belanjawan 2024 Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ketika jawapannya berkata, perkhidmatan pengangkutan awam sangat bergantung kepada operator atau pengendali berkenaan

“Apa sahaja pilihan pengguna mesti memberikan keselesaan kepada penumpang, jadi apabila ditanya sama ada masa depan teksi ada atau tidak, sudah tentu ada masa depan.

“Namun dengan syarat, mereka juga kena berubah dari segi pendigitalan, sistem dalam talian dan juga perkhidmatan mereka,” katanya.

Namun, katanya sama ada perkhidmatan teksi akan diambil alih sepenuhnya oleh e-Hailing bergantung kepada pasaran.

Katanya, kementerian membenarkan kedua-dua kaedah pengangkutan itu beroperasi secara bersama, malah teksi boleh menawarkan perkhidmatan mereka melalui aplikasi e-Hailing. – HARAKAHDAILY 2/11/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo