KUALA LUMPUR – Pengarah dan pelakon, Nam Ron mengulas mengenai teknik voice over yang didakwa digunakan dalam video bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani.
Nam Ron berkata, dalam penghasilan video atau filem terdapat beberapa teknik bagi menggantikan atau merakamkan semula dialog yang rosak atau terdapat gangguan pada rakaman asal.
Bagaimanapun, menurut beliau, proses yang perlu dilakukan sewaktu post production di studio bukan mudah kerana seseorang perlu memastikan gerak bibir harus selari dengan ucapan dialog.
Katanya, adalah adalah sesuatu yang mustahil untuk menggantikan dialog lain yang tidak seperti diucapkan dalam rakaman asal.
Tambah Nam Ron, teknik voice over seperti yang dikatakan Abdul Wahab hanya digunakan untuk menampal suara pada imej yang lain bukan pada imej yang sama.
“Sebagai contoh, watak lelaki bernama Gajus menelefon seorang lelaki muda untuk mengajaknya melakukan hubungan songsang.
“Pengarah ingin mengubah atau menambah dialog Gajus. Apa yang perlu dilakukan adalah menukar syot Gajus kepada syot lelaki muda dan memasukkan dialog baharu di syot ini.
“Kedua, pengarah atau sound editor boleh gunakan insert shot dengan menunjukkan gambar beg LV ketika menggunakan dialog baharu tersebut,” katanya dalam perkongsian di media sosial.
Nam Ron menasihatkan, sebelum membuat sesuatu kenyataan perlu merujuk dahulu dengan orang yang tahu tentang selok belok suntingan.
Dalam sidang media pada Jumaatt, Abdul Wahab mendakwa kandungan audio di dalam video tersebut adalah palsu, direka dan tidak benar kerana telah disunting mengunakan teknik voice over.
Penolong pegawai J-KOM itu mendakwa dia telah diarahkan pegawai atasan yang digelarnya sebagai Mr H untuk merakam perbualan bersama Mohammad Agus.
Lelaki itu mengakui dia merakam visual video berkenaan namun isi perbualannya bukan seperti yang tersebar dan tular di media sosial.
Sebelum ini tular video ‘perbualan jelik’ Mohamad Agus dan Abdul Wahab di media sosial iaitu pada hari Mohamad Agus menghantar surat peletakan jawatan beliau selaku Ketua Pengarah J-KOM.-MalaysiaGazette
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment