NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tangguh bayar royalti petroleum beri kesan kepada rakyat




KUALA TERENGGANU: Tindakan bertangguh-tangguh kerajaan pusat untuk menyerahkan hasil royalti petroleum kepada Terengganu umpama sengaja mahu mengganggu dan menggagalkan pentadbiran kerajaan negeri.

Menurut Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, pulangan balik jumlah hasil petroleum sekarang ini sangat sedikit berbanding yang dianggarkan, seperti bayaran ansuran bulanan.

Kata beliau, kesan penangguhan bayaran berkenaan akhirnya adalah kepada rakyat.

“Kerajaan Persekutuan mesti memulangkan dana ini langsung kepada kerajaan negeri, yang direkodkan sebagai hasil negeri, dan mengikut jadualnya seperti yang telah menjadi amalan sejak sekian lama,” tegasnya.

Bagaimanapun kata Ahmad Samsuri, pihaknya akan terus berbincang, berunding dan menuntut hak royalti tanpa pernah rasa lelah dan putus asa.

“Kita juga akan mengatur gerak beberapa pendekatan lain berasaskan perlembagaan, dan semangat federalisme sehingga kerajaan persekutuan menyerahkan kembali hak ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan Terengganu 2024 pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Menurut beliau yang juga Adun Ru Rendang, jumlah yang diterima oleh Negeri Terengganu sejak dari tahun 1978 hingga tahun ini, tidak pernah mengelirukan.

“Untuk rekod, dan berdasarkan kadar harga minyak yang turun naik, pada tahun 2018 kita menerima RM1.374 bilion, tahun 2019 RM1.497 bilion, tahun 2020 RM1.226 bilion, tahun 2021 RM1.287 bilion, tahun 2022 RM1.393 bilion, dan hingga saat ini pada tahun 2023 RM0.56 bilion,” katanya. – HARAKAHDAILY 30/11/2023



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo