NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tak perlu pendakwah asing ajar ilmu Islam, kata mufti Pulau Pinang

Wan Salim Wan Mohd Noor berkata pendakwah asing jika dibiarkan mengajar tanpa pemantauan boleh menggugat perpaduan Islam dan berpotensi melahirkan golongan berbahaya seperti militan IS.


PETALING JAYA: Mufti Pulau Pinang Wan Salim Wan Mohd Noor menegaskan pengajaran pendakwah tempatan memadai untuk memberi pencerahan selok belok Islam, katanya mengulas langkah Terengganu mengeluarkan fatwa sesat terhadap ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem, minggu lalu.

Wan Salim berkata, ini kerana kehadiran ramai penceramah asing dibimbangi boleh memburukkan suasana jika pandangan diberikan bercanggah kefahaman majoriti masyarakat Islam yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Katanya, walaupun secara prinsip ajaran Islam sama di seluruh dunia namun ada yang digabung dengan adat budaya tempatan sehingga berlaku perbezaan di rantau ini dengan Timur Tengah, Indo-Pakistan dan Afrika.

“Sebagai sedia maklum mazhab yang diikuti di nusantara adalah mazhab Syafie manakala di negara tadi mazhab dominan adalah Hanafi atau Hanbali,” katanya kepada FMT.

Menurutnya, kesan jangka panjang jika pendakwah asing dibiarkan mengajar tanpa pemantauan juga boleh menggugat perpaduan Islam dan berpotensi melahirkan golongan berbahaya seperti militan IS.

Wan Salim berkata, kumpulan itu mengalakkan nyawa umat Islam yang tidak bersefahaman dengannya “diambil”, dan ada antaranya mentafsir ajaran Islam mengikut pemahaman sendiri sehingga berbalah satu sama lain.

Mengambil contoh Mhd Mohib berasal dari Syria, beliau berkata individu terbabit banyak mengkritik ulama tempatan malah memperlekeh mufti yang bertentangan sikap seorang alim

Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan agensi bawahnya menghentikan penyebaran ajaran sesat Mhd Mohib susulan keputusan pejabat Mufti Terengganu menyenaraikannya sebagai sesat.

Susulan itu, beberapa pihak antaranya penulis bebas Syed Akbar Ali menggesa pihak berkuasa agama menggunakan pendekatan lebih mudah seperti Singapura yang tidak membenarkan pendakwah asing berada lama di negara itu untuk berdakwah.

Sementara itu, Mufti Pahang Abdul Rahman Osman berpandangan tidak menjadi masalah untuk pendakwah luar negara berceramah di Malaysia, namun pihak berkuasa perlu membuat pemantauan dan wajib meminta kebenaran.

“Contoh di Pahang orang hendak beri ceramah agama mesti minta kebenaran dan ditemu duga…kalau tiada masalah baru benarkan sekiranya ikut peraturan,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo