NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syed Saddiq kosongkan jawatan Presiden MUDA



  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengosongkan jawatan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan kes beliau di Mahkamah Tinggi hari ini.
  • Syed Saddiq berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau membersihkan  nama di peringkat Mahkamah Rayuan berhubung sabitan hukuman dikenakan terhadapnya pagi tadi.
  • “Jawatan Presiden akan dipangku oleh Timbalan Presiden MUDA, Yang Berhormat Amira Aisya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Mahkamah Tinggi pagi tadi mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengosongkan jawatan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) berkuat kuasa serta-merta susulan keputusan kes beliau di Mahkamah Tinggi hari ini.

Syed Saddiq berkata keputusan itu dibuat bagi membolehkan beliau membersihkan  nama di peringkat Mahkamah Rayuan berhubung sabitan hukuman dikenakan terhadapnya pagi tadi.

“Berikutan dengan keputusan mahkamah pada hari ini, saya ingin mengumumkan untuk mengosongkan jawatan Presiden Parti MUDA sementara saya membersihkan nama saya di peringkat Mahkamah Rayuan. 

“Jawatan Presiden akan dipangku oleh Timbalan Presiden MUDA, Yang Berhormat Amira Aisya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berkata beliau tidak akan terlibat dalam perbincangan membuat keputusan dalam parti sementara membersihkan namanya dalam proses mahkamah.

Bagaimanapun beliau akan terus menggalas mandat rakyat sebagai Ahli Parlimen tunggal bagi parti itu, termasuk tugas sebagai ahli MUDA.

“Keputusan ini telah diambil setelah satu perbincangan telah diadakan dan dipersetujui bersama pimpinan parti. Saya berharap di bawah pimpinan baru, parti MUDA akan lebih maju ke hadapan dan terus lantang memperjuangkan suara rakyat.

“Terima kasih di atas segala doa dan sokongan yang telah diberikan oleh semua,” kata Syed Saddiq.

Mahkamah Tinggi pagi tadi mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan itu bersalah terhadap empat tuduhan pecah amanah, salah guna wang dan pengubahan wang haram dana ARMADA BERSATU.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan Syed Saddiq yang juga bekas Ketua ARMADA bersalah terhadap semua empat tuduhan selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Susulan itu, Syed Saddiq memfailkan rayuan bagi mengetepikan keseluruhan keputusan Mahkamah Tinggi pagi ini yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun, dua sebatanserta denda RM10 juta terhadapnya. — The Merdeka Times 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo