NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Syarikat antarabangsa dibenarkan hantar surat dalam bahasa Melayu – PM



KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan terdapat salah faham berkaitan arahan penggunaan bahasa Melayu dalam surat rasmi kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, arahan itu hanya membabitkan jabatan kerajaan dan syarikat tempatan.


Bagaimanapun jelas beliau, pengecualian diberikan kepada syarikat antarabangsa yang dibenarkan menggunakan bahasa Inggeris kepada kerajaan.

“Saya arah semua jabatan kerajaan dan syarikat tempatan tidak boleh menulis (surat rasmi untuk urusan kerajaan) dalam bahasa Inggeris atau bahasa lain. Tulis dalam bahasa Melayu.

“Tetapi kalau syarikat antarabangsa itu dikecualikan. Ada berlaku salah faham kerana syarikat antarabangsa boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan Belanjawan 2024 bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat di sini hari ini.


Pada 25 Oktober lalu, Anwar mengarahkan mana-mana pihak yang menghantar surat rasmi yang tidak menggunakan Bahasa Kebangsaan tidak akan dilayan dan akan dipulangkan semula.

Perdana Menteri memberitahu, tindakan itu bagi memperkasakan bahasa Melayu dan pembinaan bangsa di negara ini.

Namun, jelasnya, bahasa Inggeris tidak akan dipinggirkan kerana terdapat keperluan penggunaan bahasa itu dalam soal hubungan perdagangan antarabangsa. – MalaysiaGazette




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo