Kajian terbaru mendapati ubatan yang mempunyai ciri seakan hormon glucagon-like peptide 1 (GLP-1) adalah berkesan dalam mengawal pelepasan insulin dan mengurangkan selesa makan. Ozempic yang tular sebagai ubat mengurangkan berat badan mengandungi peptida seakan GLP-1.
Saintis menghasilkan hidrogel yang mengandungi molekul GLP-1 ke dalam kulit tikus makmal dengan diabetes tahap dua. Hidrogel ini kemudiannya akan melepaskan molekul GLP-1 perlahan-lahan ke dalam tubuh. Kajian mendapati hidrogel bertahan sehingga 42 sebelum suntikan seterusnya diberikan. Pada tubuh manusia tempah masa 42 hari ini adalah bersamaan dengan 4 bulan.
Keberkesanan pada tikus membuka pintu kepada tahap seterusnya iaitu ujian ke atas khinzir. Haiwan ini mempunyai sistem endokrin dan kulit lebih mirip dengan manusia. Sekiranya keputusan positif sekali lagi dicapai, ujian klinikal pada manusia boleh dimulakan dalam masa sekitar dua tahun sahaja lagi.
Harus diingatkan keberkesanan ujian pada haiwan makmal tidak semestinya bermakna rawatan yang sama juga berkesan pada manusia dengan diabetes tahap dua. Tetapi suntikan insulin setiap empat bulan sekali akan menyelesaikan isu terlupa atau terlebih mengambil dos yang berlaku pada pesakit berusia.
Di Malaysia hampir 20% penduduk menghidapi diabetes. Ia adalah penyakit yang semakin serius dan lazim. Bebannya kepada sistem kesihatan KKM akan turut meningkat dan rawatan moden seperti yang sedang dibangunkan ini berpotensi mengurangkan kos kepada kerajaan.
- Sumber
- Stanford
No comments
Post a Comment