NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Setelah sekian lama, Fahmi minta nama, logo PKR diturun dari laman web Liberal International

Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata ada dakwaan mengaitkan parti itu dengan Liberal International.



KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil telah berhubung dengan pihak Liberal International untuk meminta supaya nama dan logo PKR dikeluarkan daripada laman web organisasi antarabangsa itu.

Fahmi yang juga menteri komunikasi dan digital berkata buat masa ini, belum ada maklum balas daripada pihak berkenaan, dan beliau sekali lagi menegaskan PKR tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan antarabangsa itu.

“Setakat ini belum ada (maklum balas) tetapi saya difahamkan mereka berpangkalan di London, jadi mungkin beza waktu, namun kita telah berhubung dan akan tunggu.

“Kita bukan ahli, kita tak pernah bayar apa-apa yuran keahlian kepada badan itu. Nama dan logo kita perlu dikeluarkan daripada laman web itu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sumbangan Deepavali kepada masyarakat India di sekitar Lembah Pantai.

Fahmi berkata sejak beliau memegang jawatan dalam PKR pada 2013 termasuk sebagai pengarah komunikasi dan ahli biro politik dalam majlis pimpinan pusat, PKR tidak pernah mengadakan sebarang perbincangan mengenai keanggotaan parti itu dalam Liberal International.

Secara lazimnya, beliau berkata apabila sesebuah badan menjadi ahli kepada mana-mana organisasi, mereka akan dijemput untuk menghadiri mesyuarat agung tahunan sebagai syarat keanggotaan, namun PKR tidak pernah terlibat.

“Tidak boleh dinafikan pihak Liberal International pernah datang ke Malaysia dan pernah mengeluarkan sama ada ucapan tahniah atas kemenangan Anwar Ibrahim (Presiden PKR), pernah mengadakan aktiviti termasuk dengan sekarang Wan Saiful Wan Jan daripada Perikatan Nasional, dalam beberapa aktiviti sebelum ini.

“Dia merupakan badan yang berdaftar, mereka bebas untuk membuat sebarang aktiviti, dan kenyataan.

“Tetapi PKR bukan sebahagian daripada Liberal International walaupun Anwar sendiri pernah hadir ke majlis atau program Liberal International atas jemputan, dan bukan sebagai ahli,” katanya.

Fahmi berkata Anwar juga pernah menjelaskan berkenaan perkara itu pada tahun 2020 selepas timbulnya dakwaan yang mengaitkan PKR dengan organisasi tersebut.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo