NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Selangor rancang sepadukan 4 bandar ke arah ‘Greater Klang Valley’

Kerajaan Selangor mengumumkan rancangan menggabungkan pentadbiran bandar Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, dan Klang. (Gambar Pexels)

SHAH ALAM: Selangor memperuntukan RM2 juta dalam belanjawan negeri bagi penubuhan pihak berkuasa wilayah baharu bagi “Greater Klang Valley” bertujuan menyepadukan pentadbiran empat bandar utamanya.

Menteri Besar Amirudin Shari, berkata inisiatif berkenaan bagi mewujudkan pentadbiran lebih licin dan responsif bagi penduduk dan komuniti perniagaan di Subang Jaya, Shah Alam, Petaling Jaya, dan Klang.

Dalam ucapan ketika membentangkan belanjawan di Dewan Undangan Negeri, Amirudin berkata angka Jabatan Statistik menunjukkan 3.4 juta atau 11% populasi negara ini menetap di empat bandar tersebut.

Beliau berkata, wilayah kerajaan bagi “Greater Klang Valley” akan diselaraskan bagi permohonan perniagaan, lesen dan kelulusan, selain meremajakan bandar matang. Katanya, Ia juga akan menjadi penanda aras bagi memacu pentadbiran berasaskan digital antaranya dalam pengurusan lalulintas dan bencana.

Inisiatif akan memacu peralihan penggunaan kenderaan persendirian kepada penggunaan pengangkutan awam dan mengoptimumkan sumber kerajaan, selain mengekang tanggungjawab bertindih.

Beliau berkata, pihak berkuasa berkenaan akan menjadi “pentadbiran pertama tempatan yang mesra warga emas, orang kurang upaya, dan kanak-kanak”, termasuk menjadi kawasan rendah karbon pertama di negara ini.

Pada Januari, Amirudin berkata, kerajaan merancang menubuhkan kerajaan wilayah dalam tempoh 10 tahun mendatang. Beliau berkata, kerajaan negeri telah membuat kajian melibatkan “Greater London Authority, Liverpool City Region, dan Tokyo Bay Area”.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo