NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

“Saya tak boleh terima PM simpan menteri macam ini dalam kabinet semata-mata untuk kekal jadi PM,”- KJ

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing (kiri) & Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah) & Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (kanan)


  • “Saya tak boleh terima Menteri Kesihatan diam seribu bahasa sambil seorang menteri mempertikaikan bukti Sains perubatan secara terbuka. Saya tak boleh terima PM @anwaribrahim_my simpan menteri macam ini dalam kabinet semata-mata kerana memerlukan sokongan untuk kekal menjadi PM,” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis mengulas artikel bertajuk, ‘KJ, anda Menteri Kesihatan paling gagal – King Sing’.
  • Katanya, beliau tidak kisah disifatkan gagal sebagai menteri tetapi beliau tidak dapat menerima apabila ada menteri yang meragui kaitan antara rokok dan kanser berada dalam kabinet.
  • Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan mengkritik Khairy sebagai Menteri Kesihatan yang dilihat paling gagal kerana tidak dapat membuktikan secara konsisten bahawa kanser berpunca daripada tabiat merokok.

KUALA LUMPUR —- Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mempertikaikan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih ‘menyimpan’ menteri yang mempertikaikan bukti sains perubatan secara terbuka.

Khairy turut menyelar tindakan menteri kesihatan yang berdiam diri saat terdapat beberapa menteri yang masih meragui kaitan antara merokok dan kanser.

“Saya tak boleh terima Menteri Kesihatan diam seribu bahasa sambil seorang menteri mempertikaikan bukti Sains perubatan secara terbuka. Saya tak boleh terima PM @anwaribrahim_my simpan menteri macam ini dalam kabinet semata-mata kerana memerlukan sokongan untuk kekal menjadi PM. 

The assault on science is shameful and unacceptable(Serangan terhadap Sains adalah memalukan dan tidak boleh diterima),” katanya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis mengulas artikel bertajuk, ‘KJ, anda Menteri Kesihatan paling gagal – King Sing’.

Jelasnya, beliau tidak kisah disifatkan gagal sebagai menteri tetapi beliau tidak dapat menerima apabila ada menteri yang meragui kaitan antara rokok dan kanser berada dalam kabinet.

Semalam, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dilaporkan mengkritikKhairy sebagai Menteri Kesihatan yang dilihat paling gagal kerana tidak dapat membuktikan secara konsisten bahawa kanser berpunca daripada tabiat merokok.

Membidas kenyataan King Sing, Khairy berkongsikan satu laporan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang menyatakan tabiat merokok boleh menyebabkan kanser hampir di mana-mana bahagian anggota badan.

Laporan itu berkata merokok boleh menyebabkan kanser mulut dan tekak, esofagus, perut, kolon, rektum, hati, pankreas, peti suara (laring), paru-paru, trakea, bronkus, buah pinggang dan pelvis buah pinggang, pundi kencing, dan serviks, serta menyebabkan Acute Myeloid Leukaemia (AML).

Mengulas lanjut dalam hantaran berbeza, Khairy memberitahu sewaktu perbahasan di Parlimen ketika beliau membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Merokok dan GEG, tiada individu menyahut cabarannya untuk menyatakan bahawa tiada bukti secara konklusif untuk mengaitkan antara rokok dan kanser.

Bekas Menteri Kesihatan itu turut memuat naik tangkap layar ciapan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus yang mengingatkan kepada masyarakat untuk tidak membiarkan tabiat merokok merosakkan kesihatan tubuh badan.

Dr Tedros berkata masyarakat perlu melihat tabiat merokok itu sebagai racun perlahan untuk tubuh badan di mana ia membahayakan paru-paru, melemahkan sistem imun dan meningkatkan risiko serangan jantung, strok, dan kanser. — The Merdeka Times

Sumber : Instagram khairykj






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo