NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Saman fitnah, Ramasamy diarah bayar pampasan RM1.52 juta kepada Zakir Naik



Dr P Ramasamy diarah membayar RM1.52 juta sebagai pampasan kerana memfitnah pendakwah dari India, Dr Zakir Naik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan tersebut hari ini berhubung kes saman fitnah Zakir terhadap bekas pemimpin DAP itu kerana memfitnahnya sebelum ini dan bayaran pampasan itu perlu dibuat dalam tempoh 30 hari.

Hakim Hayatul Akmal Abdul Aziz memutuskan demikian selepas mendapati tokoh pendakwah itu berjaya memenuhi tiga elemen fitnah yang dilemparkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II itu, empat tahun lalu.

Dalam prosiding hari ini, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Dr Zakir, memberitahu mahkamah anak guamnya tidak dapat hadir kerana berada di Nigeria untuk majlis ceramah hingga 5 November ini.


Justeru itu katanya, Dr Zakir menghadiri prosiding ini secara dalam talian, menerusi aplikasi Zoom.

Sementara Ramasamy yang hadir memakai kot hitam diwakili peguam.

Pada Oktober dan Disember 2019, Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya ‘syaitan’ dalam laman Facebook.

Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap berkata, Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017 dengan mendakwa Malaysia melindungi apa didakwanya sebagai pelarian dari India.

Beliau juga mendakwa pada 11 Ogos 2019, Ramasamy memanipulasi ucapan dibuatnya pada satu majlis anjuran kerajaan Kelantan diterbitkan portal berita, pada hari sama.

Pada 20 Ogos 2019, Ramasamy sekali lagi dikatakan memfitnah Zakir dalam kenyataan mengandungi kebencian.

Saman kedua Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo