NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

RM260 juta tanpa kelulusan kementerian, lapor LKAN

UiTM terima suntikan modal hampir
LKAN 2022 mengenai pengurusan syarikat kerajaan persekutuan menyifatkan aktiviti pelaburan UiTM sebagai ‘tidak teratur’.

PETALING JAYA: Sejumlah RM259.98 juta dilaburkan dalam Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui suntikan modal dan penukaran pinjaman kepada ekuiti tanpa kelulusan Kementerian Kewangan, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 yang diterbitkan hari ini.

Percanggahan pelaburan itu adalah antara isu yang diketengahkan oleh Ketua Audit Negara Wan Suraya Wan Radzi dalam laporan mengenai pengurusan syarikat kerajaan persekutuan.

“Pengurusan aktiviti pelaburan (UiTM) tidak teratur bagi aspek suntikan modal kerana tiada kelulusan Menteri Kewangan diperoleh,” menurut laporan itu yang menambah, ini bercanggah dengan Akta UiTM 1976.

Terdahulu dilaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat UiTM Holdings atas dakwaan ketidakcekapan dan ketirisan yang membawa kepada kerugian RM157 juta.

Jurucakap syarikat itu berkata, siasatan bermula hampir dua tahun lepas setelah didedahkan bahawa syarikat itu mengalami kerugian teruk selama empat tahun berturut-turut, lapor Utusan Malaysia.

Turut didapati aktiviti pelaburan UiTM dalam sektor tenaga kurang cekap, termasuk wujud kelemahan dalam pelaksanaan projek jana kuasa solar elektrik berskala besar dan solar bumbung.

“Tindakan pertukaran syarat nyata tanah UiTM Solar Park I kepada kategori industri masih belum selesai walaupun projek telah beroperasi sepenuhnya sejak 2019, serta denda dan cukai tanah berjumlah RM14.69 juta telah dikenakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Kuantan,” menurut laporan itu.

Tambahnya, pemasangan kabel tidak sempurna menyebabkan insiden kabel putus akibat haiwan perosak kerap berlaku di projek UiTM Solar Park II. Insiden-insiden sebegini mengakibatkan kehilangan hasil RM415,019 dan kos gantian kabel RM98,055 bagi tempoh 2022 hingga Mac 2023.

“41% aduan kecacatan pembinaan projek jana kuasa elektrik solar bumbung masih dalam tindakan dan perlu perbincangan lanjut,” katanya.

Laporan itu turut mendapati aktiviti pelaburan sektor perniagaan penjagaan kesihatan UiTM tidak cekap, dengan cabaran dikenal pasti dalam perjanjian sewaan, penyelenggaraan prasarana, serta sasaran hala tuju Pusat Pakar Perubatan Swasta UiTM (UPSC) yang belum dicapai.

Laporan itu turut mengetengahkan isu lesen UPSC lewat dibaharui dan sasaran lawatan doktor pakar serta penggunaan peralatan perubatan utama tidak dicapai.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo