NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan para peniaga menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan lewat hari ini.

Data IHP itu akan menentukan hala tuju pasaran susulan kenyataan yang cenderung menaikkan kadar faedah oleh Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powel mengenai dasar monetari AS minggu lepas, kata seorang peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit susut kepada 4.7165/7210 berbanding dolar AS 4.7065/7105 ketika ditutup pada Jumaat. Pasaran ditutup semalam berikutan cuti gantian Deepavali.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, walaupun pertemuan dijangkakan berlaku antara Presiden AS Joe Biden dan Presiden China Xi Jinping di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ia tidak membawa banyak sokongan untuk ringgit.

"Walaupun data ekonomi AS dijangka agak positif dan tidak dijangka bergerak melebihi konsensus pasaran, pelabur juga sedar sepenuhnya mengenai turun naik inflasi. Namun, jika ia berlaku lebih cepat daripada jangkaan, kita boleh melihat kedua-dua kenaikan kadar Fed secara tiba-tiba pada Disember dan Januari," katanya.

Beliau juga berkata, harga gas asli Eropah kini menurun, dan berikutan Malaysia merupakan pengeksport besar komoditi itu, harga yang rendah boleh memberi kesan negatif kepada margin ringgit.

Pada penutup dagangan, ringgit turut diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ia menyusut berbanding yen Jepun kepada 3.1091/1123 daripada 3.1072/1101 ketika ditutup pada Jumaat, merosot berbanding euro kepada 5.0570/0619 daripada 5.0232/0275 sebelumnya, dan menurun berbanding pound Britain kepada 5.8032/8087 daripada 5.7480/7529.

Mata wang tempatan itu ditutup bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN yang lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.4675/4713 daripada 3.4599/4631 Jumaat lepas dan turun berbanding rupiah Indonesia kepada 300.4/300.9 daripada 299.8/300.2 sebelum itu.

Bagaimanapun, ringgit mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.0760/0946 daripada 13.1108/1267 pada penghujung minggu lepas dan tidak berubah berbanding peso Filipina pada 8.41/8.42. - Bernama






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo