NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rasuah! Dakwa Dr M berkait peruntukan pembangkang

Dr Mahathir Mohamad berkata Ahli Parlimen Bersatu yang beralih sokongan mengaku diberi peruntukan untuk kawasan mereka, yang biasanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan sahaja.



PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad mendakwa pemberian peruntukan kepada Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Anwar Ibrahim adalah rasuah, walaupun perdana menteri menafikan menyogok wakil rakyat berkenaan.

Bekas perdana menteri berkata, Ahli Parlimen Bersatu yang beralih sokongan mengaku diberi peruntukan untuk kawasan mereka, yang biasanya diberi kepada wakil rakyat kerajaan sahaja.

“Segala pemberian ini tetap rasuah kerana yang tidak sokong PM tidak dapat,” katanya dalam kenyataan.

“Ada pemberian lain juga diakui oleh wakil rakyat Bersatu.”

Sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman mengaku menerima peruntukan pembangunan susulan pengisytiharan sokongan mereka kepada kerajaan perpaduan.

Selain mereka, tiga lagi Ahli Parlimen Bersatu yang “menyeberang” adalah Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Zahari Kechik (Jeli) dan terbaharu Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional PKR 2023 di Putrajaya kelmarin, Anwar berkata Ahli Parlimen pembangkang menyokongnya kerana yakin dengan dasar bawah kerajaan perpaduan.

“Sebab itu Ahli Parlimen menyeberang, dia kata kita bagi sogokan, (sedangkan) tak ada, saya tak jumpa mereka sebelum mereka buat keputusan dan apabila mereka kata nak jumpa, saya kata buat keputusan dahulu, boleh jumpa,” katanya.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo