- Rakyat Malaysia diajak untuk menyertai kempen “11 Minit Untukmu Palestin” pada esok sebagai tanda solidariti kepada penduduk Palestin yang berhadapan penderitaan berterusan akibat kezaliman rejim Zionis Israel.
- Kempen anjuran Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) itu menyeru rakyat meluangkan 11 minit dengan menutup lampu di lokasi mereka berada bermula jam 9 malam hingga 9.11 pada 11 November.
- Tindakan itu adalah sebagai simbolik merasai kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin yang terpaksa bergelap akibat tindakan rejim Zionis memotong bekalan elektrik di Gaza, lapor BuletinTV3.
KUALA LUMPUR — Rakyat Malaysia diajak untuk menyertai kempen “11 Minit Untukmu Palestin” pada esok sebagai tanda solidariti kepada penduduk Palestin yang berhadapan penderitaan berterusan akibat kezaliman rejim zionis Israel.
Kempen anjuran Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) itu menyeru rakyat meluangkan 11 minit dengan menutup lampu di lokasi mereka berada bermula jam 9 malam hingga 9.11 malam pada 11 November.
Tindakan itu adalah sebagai simbolik merasai kesengsaraan dihadapi rakyat Palestin yang terpaksa bergelap akibat tindakan rejim zionis memotong bekalan elektrik di Gaza, lapor BuletinTV3.
Sepanjang tempoh bergelap itu, peserta diminta untuk membaca Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin sambil menghayati suasana gelap seakan di Palestin.
Pengarah Operasi GSPP, Muhd Farhan Muhd Fadhil berkata tarikh 11.11 dipilih kerana ia sinonim dan mudah diingati masyarakat di sini sebagai contohnya, penganjuran promosi jualan barangan tertentu.
Katanya, pada tarikh sama itu mereka berusaha membawa kelainan dengan mengajak masyarakat untuk membentuk satu gelombang kebersamaan dalam isu konflik Palestin-Israel.
Mereka yang menyertai kempen ’11 minit untukmu Palestin’ juga diminta untuk merakam gambar dengan simbolik genggam tangan serta memuat naik di media sosial dengan hashtag #SebarkanKemenangan dan #AkhiriPenjajahan.
GSPP yang dahulunya disertai 13 NGO kini bergerak bersama lebih 47 NGO dengan objektif membawa naratif seragam dalam memperjuangkan pembebasan mutlak warga Palestin dari penjajahan rejim haram Israel. — The Merdeka Times
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment