NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat bimbang keadaan ekonomi, tahap kepuasan terhadap PMX merosot: Merdeka Center



Merdeka Center menyatakan tahap kepuasan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tmerosot kepada 50 peratus di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berhubung prestasi ekonomi Malaysia.

Dalam dapatan kajian terkini pusat kajian bebas yang dikeluarkan hari ini, Merdeka Center menyatakan 48 peratus responden dalam kajiannya pada bulan Oktober mengakui tidak puas hati dengan corak pentadbiran Anwar diuruskan.

“Dalam pandangan kami, perubahan dalam sentimen pengundi sebahagian besarnya disebabkan oleh kebimbangan mereka terhadap ekonomi dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan mereka.

“Hanya 31 peratus pengundi yang berpendapat negara ini bergerak ke arah yang betul, manakala 60 peratus berpendapat ia bergerak ke arah yang salah.

“Alasan utama bagi arah yang salah adalah isu-isu ekonomi (56 peratus), ketidakstabilan politik (13 peratus), dan pentadbiran yang lemah (9 peratus),” kata kenyataannya.

Berbanding kajiannya pada bulan Disember, penilaian tahap kepuasan terhadap Anwar berada pada tahap 68 peratus, sementara kepuasan terhadap kerajaan pusat berada pada 54 peratus.

“Menurut pandangan kami, kajian ini mencerminkan jangkaan yang dipegang oleh pengundi terhadap pentadbiran untuk mengembangkan pertumbuhan ekonomi serta mengatasi kebimbangan berpanjangan berhubung inflasi dan kenaikan gaji yang lembap.

“Isu-isu lain yang akan membentuk pendapat awam pada masa akan datang termasuk bentuk dan isi pengurangan subsidi, cukai baru, serta penyelarasan semula dalam program pemindahan tunai,” katanya, merujuk kepada pengumuman yang dibuat oleh Anwar semasa pembentangan Bajet 2024.

Dalam kajian itu lagi, 78 peratus orang ramai menyatakan pertumbuhan ekonomi merupakan kebimbangan utama mereka.

Seramai kira-kira 1,220 pengundi berdaftar ditemubual melalui telefon dari 4 hingga 24 Oktober.

Pemilihan rawak berstrata digunakan untuk memilih responden mengikut kategori kumpulan umur, etnik, jantina, dan kawasan Parlimen negeri.



Sumber I Agenda Daily 


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo