NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Rakyat bimbang harga naik mendadak menjelang raya nanti



KUANTAN – Tiada perubahan mendadak dirasakan para peniaga selepas beberapa hari penamatan subsidi dan harga kawalan ayam oleh kerajaan baru-baru ini.

Rosni Ariffin, 58, yang menjual ayam segar di Pasar Borong Beserah di sini masih menjuala ayam segar dengan harga RM9.40 sekilogram.

“Sejak dulu harga macam ni lah. RM9.40 termasuk potong. Tak ingat dah sejak tahun bila harga ni. Tak de apa yang berubah setakat ni,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Daripada segi jumlah pembeli pula, katanya, para pelanggan tetap membeli ayam seperti biasa daripadanya dan dia masih boleh menjual 80 hingga 100 ekor ayam sehari.

Bagi peniaga ayam kecil-kecilan, Lokman Shahariman, 29, kenaikan harga ayam yang dikenakan daripada pembekal masih boleh diterima.

“Pembekal ada naikkan sikit harga ayam sebanyak RM0.20 je. Saya jual (ayam) sini RM9.60 sekilo. Ye lah, harga ayam ni turun naik macam harga emas jugak

“Kadang banyak kadang sikit. Tengok la lepas ini macam mana kadar kenaikannya,” luahnya.

Lokman berkata, rata-rata pelanggan tetap yang terdiri daripada penduduk setempat tidak terlalu terkesan dan masih membeli ayam daripadanya.

Seorang lagi peniaga ayam segar kecil-kecilan, Suhana Mat Shafie, 40, turut berkongsi pandangan sama bahawa tiada kenaikan harga drastik ayam segar dari pembekal sejak penamatan subsidi dan harga kawalan ayam oleh kerajaan.

Dia mendedahkan sejak sebelum tindakan kerajaan itu pun harga ayam sudah tidak menentu malah pernah berlaku kenaikan harga daripada pembekal sehingga RM0.30 sekilogram.

“Cuma bimbang dekat-dekat nak raya nantilah. Sebab tak boleh nak baca harga ayam sekarang. Sebab pembekal boleh jual dengan harga mereka,” katanya.

Mulai 1 November 2023, kerajaan menamatkan sepenuhnya subsidi ayam selepas mengambil kira situasi, trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam yang mulai stabil.

Bagaimanapun, kerajaan memberi jaminan penjualan ayam akan berada di bawah harga siling iaitu RM9.40 sekilogram (kg). – MalaysiaGazette




.






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo