NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Program setahun bersama kerajaan Madani di Bukit Jalil pada 8-10 Disember ini



KUALA LUMPUR – Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung pada 8 hingga 10 Dis di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Program anjuran Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU), yang bermula 9 pagi hingga 10 malam itu bertujuan menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat, demikian menurut kenyataan Sekretariat Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI hari ini.

Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju dan matlamat kerajaan, serta membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala

“Antara tarikan sepanjang tiga hari program ialah penyampaian perkhidmatan secara langsung kepada rakyat, sesi libat urus kementerian-kementerian bersama rakyat, Jualan Mega MADANI dan lain-lain lagi.

“Rakyat juga berpeluang untuk melihat pencapaian kerajaan melalui pameran pencapaian semua kementerian berserta perancangan jangka masa panjang kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Penganjuran program dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia itu akan memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

“Ketiga-tiga komponen ini merupakan ikhtiar kerajaan dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan selari dengan nilai-nilai Malaysia MADANI iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan,” menurut kenyataan itu.

Program itu akan turut melibatkan kerjasama strategik pelbagai kementerian dan agensi, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta serta pemegang taruh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyempurnakan majlis penutup program itu pada 10 Dis, yang akan turut dihadiri kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan.- BERNAMA




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo