NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Polis rakam keterangan ‘Mr H’ petang tadi

Polis akan merakam keterangan ‘Mr H’ yang dikaitkan dengan penyebaran video  bekas ketua pengarah J-Kom Mohammad Agus Yusoff (kiri) dengan pegawainya Abdul Wahab Abdul Kadir.(Gambar Bernama)

Kuala Lumpur: Polis akan merakam keterangan individu dikenali sebagai “Mr H” yang dikaitkan dengan penyebaran video membabitkan bekas ketua pengarah J-Kom Mohammad Agus Yusoff dengan pegawainya Abdul Wahab Abdul Kadir.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, dalam kenyataan berkata ‘Mr H’ akan direkod keterangannya di Balai Polis Presint 11, Putrajaya 5.30 petang ini.

“Setakat ini seramai tiga saksi sudah dirakam percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah dan beberapa orang saksi lain akan dirakam percakapan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

“Setakat 2 petang ini, tiada laporan polis diterima daripada Wahab. Sehubungan itu beliau diminta segera tampil membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebelum ini, tular klip video memaparkan perbualan didakwa lucah seorang lelaki didakwa mirip Agus dengan Wahab, selepas timbul spekulasi Agus akan melepaskan jawatannya.

Polis sedang menyiasat video itu yang mana Agus dan Wahab mendakwa ia disuai pinda.

Agus berkata, beliau sudah mendedahkan kepada polis identiti individu di sebalik klip video itu – seorang digelar “Mr H”.

Sumber | FMT

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo